TIPs

Tips Sebelum Anda Jual kereta
Pastikan ini, sebelum jual kereta anda

1) Dapatkan pembeli yang menawarkan harga tertinggi
2) Pastikan pembeli dapat menyelesaikan hutang bank secepat mungkin
3) Pastikan Surat Perjanjian Jual Beli disediakan
4) Penukaran Hakmilik dapat dilakukan secepat mungkin

Jika tidak, masalah yang akan ditimpa seperti berikut :

1) Kereta yang dijual adalah rendah dari harga pasaran semasa
2) Hutang tidak dijelaskan, Nama anda disenaraikanhitam oleh CCRIS (Bank Negara)
3) Butiran-Butiran pembeli dan lain-lain perkara tidak direkodkan
4) Masalah Saman dari PDRM,JPJ, Masjis Perbandaran.

Pastikan 3 perkara Ini, sebelum jual kereta anda

Kereta tidak disenaraihitam oleh pihak JPJ
Kereta tersebut tidak dapat tukar hakmilik di JPJ, sekiranya saman JPJ tidak dibayar.

Kereta Potong
Kereta Potong akan ditahan di Puspokam dan rekodnya akan Dihantar ke JPJ untuk urusan selanjutnya.

Kereta Dijual Tanpa Kebenaran dari pemilik
Tanpa persetujuan oleh pemilik kereta, perjanjian jual beli tidak dapat dijalankan secara berkesan.

Dokumen Diperlukan Untuk Menjual Kereta Terpakai Dijual
Dokumen Disertakan :

A) Tiada Hutang Bank/Syarikat Kredit
1) Kad Pendaftaran Kereta (JPJK2)
2) Photostat My Kad Pemilik (Depan Dan Belakang)
3) Menandatangani JPJK3 x 2
4) Menandatangani TM-AB
5) Menandatangani Surat Jual-Beli
5) Laporan Puspakom B5 (jika ada)

B) Hutang Bank/Syarikat Kredit
1) Kad Pendaftaran Kereta (JPJK2)
2) Photostat My Kad Pemilik (Depan Dan Belakang)
3) Menandatangani JPJK3 x 2
4) Menandatangani TM-AB
5) Menandatangni Surat Kuasa Bayaran Habis Bank/Syarikat Kredit
5) Menandatangani Surat Jual-Beli
5) Laporan Puspakom B5 (jika ada)